Niat nak mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lepas terpaksa ditunda sebab kes takde Mahram. Cadangnya nak temankan sepupu yang belum pernah pergi lagi tapi hajat tak kesampaian. Antara syaratnya, wanita yang berumur kurang dari 45tahun mesti ditemani mahram (suami/bapa/abang/adik lelaki), dah tak boleh tumpang mahram macam tahun-tahun sebelumnya. My hubby tak dapat pergi kali ni sebab sacrifice nak tengokkan anak yang masih bersekolah.
So, In shaa Allah Disember ni kami sekeluarga akan ke sana lagi. Kali ni kami memilih Bahrulmazi Travel Agent yang beroperasi di Bandar Perda, Pulau Pinang untuk memudahkan segala urusan. Sebelumnya, pilihan kami ialah Andalusia Travel Agent (beroperasi di Kg Pandan, KL) untuk Haji dan Umrah. Alhamdulillah, pengalaman dengan Andalusia sangat memuaskan hati dan menyenangkan. Untuk pengalaman yang berbeza dan memudahkan urusan Visa etc, kami pilih travel agent di Pulau Pinang.
Antara perkara yang jelas bezanya antara dua travel agent ni ialah kursus Umrah. Andalusia menyediakan kursus pada setiap minggu, manakala Bahrulmazi hanya sekali sahaja. Agak terkilan dengan hal ini. Saya telah menyuarakan ketidakpuasan hati dan cadangan tentang hal ini. Bayangkan jika jemaah yang pertama kali nak mengerjakan umrah, pastinya akan terpinga-pinga tanpa panduan secukupnya. Ini hal ibadah, bukan sekadar pergi bercuti. Seharusnya, fokus lebih kepada membantu umat Islam melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna, buka hanya fikirkan biz profit semata-mata. Sesungguh saya amat terkilan sebenarnya. Lagi terkilan sebab tarikh kursus tu clash dengan program Solat Hajat SPM & Majlis Graduasi di MRSM Langkawi. Harapnya Pihak Pengurusan BahrulMazi dapat memikirkan hal ini dengan sewajarnya pada masa-masa akan datang.
Kenapa sebelum ni pilih Andalusia? Antara sebabnya; bimbingan lengkap (sgt penting) dan harga yang berpatutan dengan lokasi hotel di Mekah. Kenapa pakej umrah Andalusia lebih murah sedikit dari yang lain? Antaranya, sebelum hotel2 lama dirobohkan, Andalusia telah memajak bbrp buah hotel di Mekah untuk bbrp tahun, so kadarnya akan jadi lebih murah. Kebaikannnya pada kita, kalau kita pergi haji/umrah, kita dah tahu hotel apa yang kita akan duduk. Kedudukan hotel biasanya dlm lingkungan 300-450m dr MasjidilHaram (sebelum hotel lama dirobohkan), agak senang berulang-alik ke MasjidilHaram. Makan dan minum, Alhamdulillah puashati. Mutawwif dan bimbingan Ustaz Daud Che Ngah sendiri pun buat kita lebih selesa dan bersedia. Sebenarnya, kepuasanhati ni very subjective.. Alhamdulillah persediaan mental dan redho dengan apa yang disediakan membuatkan kami berpuashati dengan Andalusia..
Back to persediaan umrah ni. Antara yang diperketatkan syaratnya, kita kena buat:
- pengesahan sijil lahir anak-anak di Pejabat Pendaftaran
- pengesahan Sijil Nikah di Pejabat Agama.
Satu hal lagi wajib ambik suntikan vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax. La ni, hospital atau klinik kesihatan kerajaan dah tak bagi free suntikan ni, kena ambik kat klinik swasta. Harganya RM120/jab. Kami ambik suntikan kat Klinik Syifa di Gelugor, Penang (Dr. Danial Zainal Abidin).. terkezut jugak masa nak bayar sebab seingat saya tahun 2010, saya bayar dlm RM30++ jer, kalau tak silap. I think sebab ni jenis/brand yang lain, bukan yang normal ACYW-135 yang selama ni jemaah ambik tu..
Moga mendapat sedikit manfaat drp perkongsian ini..
No comments:
Post a Comment