Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, February 4, 2017

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2017 (Tahun Kewangan 2016)

Kadar dividen dan bonus Tabung Haji akhirnya diumumkan pada 3 Februari 2017. Sememangnya pengumuman ini sangat dinanti-nantikan kerana selama ini Tabung Haji memberikan pulangan yang agak lumayan. Pendeposit yang belum menunaikan haji juga akan menerima tambahan bonus atau hibah haji di samping dividen tabung haji.

Untuk tahun kewangan 2016, Lembaga Tabung Haji telah mengisytiharkan kadar dividen tahunan 4.25%, manakala bonus hibah haji pula 1.5%. Keseluruhan agihan:

  • 4.25% kepada pendeposit yang telah menunaikan haji. 
  • 4.25 + 1.5% = 5.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus hibah haji hanya terhad kepada pendeposit yang mempunyai jumlah baki minima bulanan kurang atau sama dengan RM9,980. 
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit Tabung Haji. Bermula Isnin, 6 Februari 2017, pendeposit boleh menyemak akaun di kaunter Tabung Haji atau rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

Dividen dan hibah haji ini adalah nilai bersih yang telah ditolak zakat. Kita tak perlu lagi nak susah payah kira zakat sebagaimana simpanan ASB, saham, dan lain-lain simpanan.

Dari segi sejarah pulangannya, sekian lama Tabung Haji telah memberikan pulangan dividen yang amat baik setelah ditolak zakat. Ianya antara insitusi yang sangat wajar dibanggakan oleh umat Islam. Pada tahun ini, berlaku penurunan sebanyak 0.75% dan 2.25% (keseluruhan). Diharapkan institusi TH terus mantap dalam urus tadbirnya dan menjadi lambang kekukuhan ekonomi umat Islam di Malaysia.

SEJARAH KADAR DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI


Melihat kepada sejarah pulangan dividen dan bonus Tabung Haji, terbukti ianya sangat kompetitif. Bagi umat Islam, selain daripada pulangan bersih setelah ditolak zakat, jadikanlah simpanan di Tabung Haji sebagai simpanan atau pelaburan jangka pendek atau sederhana. Pelbagaikan instrumen simpanan dan pelaburan.

Mencari yang halal itu fardhu. Sama-sama kita teguhkan ekonomi umat Islam.
 

CARA KIRAAN DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI






Read More »

Saturday, October 25, 2014

Persiapan umrah dan syarat baru umrah

Sekarang ni, syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi makin strict untuk dapatkan Visa Umrah dan Haji. Tak silap, since last 2013 depa dok kenakan syarat mahram yang ketat. Sebelum ni memang dah ada syarat tu tapi tak enforced. Maybe sebab makin ramai umat Islam yang nak mengunjungi Baitullah walhal Arab Saudi sedang sibuk dengan kerja-jerja operasi pembesaran MasjidilHaram.



Niat nak mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lepas terpaksa ditunda sebab kes takde Mahram. Cadangnya nak temankan sepupu yang belum pernah pergi lagi tapi hajat tak kesampaian. Antara syaratnya, wanita yang berumur kurang dari 45tahun mesti ditemani mahram (suami/bapa/abang/adik lelaki), dah tak boleh tumpang mahram macam tahun-tahun sebelumnya. My hubby tak dapat pergi kali ni sebab sacrifice nak tengokkan anak yang masih bersekolah.

So, In shaa Allah Disember ni kami sekeluarga akan ke sana lagi. Kali ni kami memilih Bahrulmazi Travel Agent yang beroperasi di Bandar Perda, Pulau Pinang untuk memudahkan segala urusan. Sebelumnya, pilihan kami ialah Andalusia Travel Agent (beroperasi di Kg Pandan, KL) untuk Haji dan Umrah. Alhamdulillah, pengalaman dengan Andalusia sangat memuaskan hati dan menyenangkan. Untuk pengalaman yang berbeza dan memudahkan urusan Visa etc, kami pilih travel agent di Pulau Pinang.

Antara perkara yang jelas bezanya antara dua travel agent ni ialah kursus Umrah. Andalusia menyediakan kursus pada setiap minggu, manakala Bahrulmazi hanya sekali sahaja. Agak terkilan dengan hal ini. Saya telah menyuarakan ketidakpuasan hati dan cadangan tentang hal ini. Bayangkan jika jemaah yang pertama kali nak mengerjakan umrah, pastinya akan terpinga-pinga tanpa panduan secukupnya. Ini hal ibadah, bukan sekadar pergi bercuti. Seharusnya, fokus lebih kepada membantu umat Islam melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna, buka hanya fikirkan biz profit semata-mata. Sesungguh saya amat terkilan sebenarnya. Lagi terkilan sebab tarikh kursus tu clash dengan program Solat Hajat SPM & Majlis Graduasi di MRSM Langkawi. Harapnya Pihak Pengurusan BahrulMazi dapat memikirkan hal ini dengan sewajarnya pada masa-masa akan datang. 

Kenapa sebelum ni pilih Andalusia? Antara sebabnya; bimbingan lengkap (sgt penting) dan harga yang berpatutan dengan lokasi hotel di Mekah. Kenapa pakej umrah Andalusia lebih murah sedikit dari yang lain? Antaranya, sebelum hotel2 lama dirobohkan, Andalusia telah memajak bbrp buah hotel di Mekah untuk bbrp tahun, so kadarnya akan jadi lebih murah. Kebaikannnya pada kita, kalau kita pergi haji/umrah, kita dah tahu hotel apa yang kita akan duduk. Kedudukan hotel biasanya dlm lingkungan 300-450m dr MasjidilHaram (sebelum hotel lama dirobohkan), agak senang berulang-alik ke MasjidilHaram. Makan dan minum, Alhamdulillah puashati. Mutawwif dan bimbingan Ustaz Daud Che Ngah sendiri pun buat kita lebih selesa dan bersedia. Sebenarnya, kepuasanhati ni very subjective.. Alhamdulillah persediaan mental dan redho dengan apa yang disediakan membuatkan kami berpuashati dengan Andalusia.. 

Back to persediaan umrah ni. Antara yang diperketatkan syaratnya, kita kena buat:
  • pengesahan sijil lahir anak-anak di Pejabat Pendaftaran
  • pengesahan Sijil Nikah di Pejabat Agama. 
Agak leceh sebenarnya, tapi nak buat camana kan, ikut jer lah.. 

Satu hal lagi wajib ambik suntikan vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax. La ni, hospital atau klinik kesihatan kerajaan dah tak bagi free suntikan ni, kena ambik kat klinik swasta. Harganya RM120/jab. Kami ambik suntikan kat Klinik Syifa di Gelugor, Penang (Dr. Danial Zainal Abidin).. terkezut jugak masa nak bayar sebab seingat saya tahun 2010, saya bayar dlm RM30++ jer, kalau tak silap. I think sebab ni jenis/brand yang lain, bukan yang normal ACYW-135 yang selama ni jemaah ambik tu..

Moga mendapat sedikit manfaat drp perkongsian ini..










Read More »

Thursday, October 23, 2014

Doa untuk mendapatkan pengakhiran yang baik husnul khotimah

Flashback: semalam tengok berita kemalangan ngeri kat Karak Highway sungguh tragis. In split seconds jer, kawan/saudara kita pergi begitu sahaja. Innalillahi wainna ilaihi raaji'uunn. Moga roh mereka yang terlibat (sekiranya Muslim) akan ditempatkan bersama para solehin. Kita yang masih bernyawa ni, kena selalu berdoa agar kita memperolehi pengakhiran yang baik sebelum nyawa terpisah daripada jasad.

 Mari kita amalkan doa ni setiap hari:


 
Read More »

Thursday, March 29, 2012

Muslimah & Fashion - Trend vs Syariat

Read More »