Sunday, November 6, 2011

Wukuf: Hari Arafah

Setahun berlalu, rasanya terlalu pantas. Mengimbas saat di Arafah, hari yg mendebarkan dan sgt dinantikan bg seluruh umat Islam yg mengerjakan haji. Haji itu Arafah. Begitu besarnya hari wukuf or hari arafah itu bg menyempurnakan rukun haji. Hari pengampunan seluruh ummah, langit terbuka seluas-luasnya. Mintalah pada Allah Yang Maha Esa dengan penuh kepasrahan. Akan terasa diri dekat denganNya, pencipta Yang Maha Agung. Kepada pasangan suami isteri, berdoalah bersama2, insyaAllah itu lebih baik bagi kita sekeluarga.. Banyakkan bertakbir, bertasbih dan tahlil untuk mengisi ruang2 kosong detik Arafah.

Bagi yang bernasib baik, insyaAllah akan terlihat kalimah Allah di langit tatkala rembang senja atau selepas Asar. Allahu Akbar!

Hati yang memberontak ingin kembali lagi ke rumahmu. Kerinduan yang hanya akan terubat bilamana melihat Kaabah, terasa diri yang amat kerdil. "Ya Allah, aku sujud padamu. Berkatilah setiap rezekimu bagi ku dan keluarga ku. Panggillah kami menjadi tetamu rumahmu lagi. .. aamiinnn, ya Rabbal aalamiinn..."

No comments:

Post a Comment