Friday, November 14, 2014

Menurut statistik 2012, di Malaysia sahaja kita ada lebih 12 juta pengguna Facebook. Angka ini meningkat sebanyak 4juta dalam masa 2 tahun sahaja. Bukan hanya facebook, malah media sosial yang lain seperti Twitter dan Instagram makin meningkat statistik penggunaannya.


Statistik pengguna facebook

  • 864 million daily active users on average for September 2014
  • 703 million mobile daily active users on average for September 2014
  • 1.35 billion monthly active users as of September 30, 2014
  • 1.12 billion mobile monthly active users as of September 30, 2014
  • Approximately 82.2% of our daily active users are outside the US and Canada
Penggunaan facebook tidak lagi hanya untuk berkongsi cerita terkini, malah ianya telah dijadikan medan untuk berniaga secara online. Dah ramai yang jadi jurawan dengan hanya berniaga di facebook or media sosial atau online platform yang lain. Kalau pandai menggunakan ruang dan peluang, In shaa Allah boleh berjaya di mana-mana. Bagi yang nak meniaga online di facebook, haruslah ingat bahawa:
  • Orang masuk fb sebab nak melepak, bukannya sebab nak shopping
  • Orang masuk fb sebab nak relax and santai, bukannya nak kena perah otak or disuruh buat keputusan
Jadinya, bila berniaga tu, kenalah awasi hal-hal yang sedemikian supaya orang tak rasa kena torture or meluat dengan kita. Lagi satu jangan sandarkan keseluruhan bisnes kat facebook, sebab kita takde control. Jangan nampak sangat yang kita terlalu nak berniaga di facebook ni. Depa pun buat bisnes gak, so depa kena fikirkan profit jugak. Takkan dia nak bagi semuanya free, ye dak? Baca tips buat bisnes di facebook (to be updated).

Nak mantapkan lagi bisnes online korang, boleh tengok kat sini. Cara Gandakan Trafik dan Prospek 300%


Read More »

Saturday, November 8, 2014

Ranking MRSM Untuk Percubaan SPM 2014

Ranking MRSM bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2014 

  1. MRSM Pengkalan Chepa
  2. MRSM Tun Ghafar Baba
  3. MRSM Taiping
  4. MRSM Langkawi
  5. MRSM Kuantan
  6. MRSM Tun Dr Ismail
  7. MRSM Jeli
  8. MRSM Kepala Batas
  9. MRSM Kota Putra
  10. MRSM Gemencheh
  11. MRSM Betong
  12. MRSM Kuala Berang
  13. MRSM Transkrian
  14. MRSM Tuan Mohammad Fuad Stephen
  15. MRSM Tun Mustapha
  16. MRSM Kuala Terengganu
  17. MRSM Pasir Salak
  18. MRSM Alor Gajah
  19. MRSM PDRM
  20. MRSM Mukah
  21. MRSM Kota Kinabalau
  22. MRSM Felda Trolak
  23. MRSM Kuala Krai
  24. MRSM Parit
  25. MRSM Muar
  26. MRSM Pengkalan Hulu
  27. MRSM Batu Pahat
  28. MRSM Pendang
  29. MRSM Serting
  30. MRSM Kuala Klawang
  31. MRSM Besut
  32. MRSM Kubang Pasu
  33. MRSM Baling
  34. MRSM Tun Abdul Razak
  35. MRSM Johor Bahru
  36. MRSM Balik Pulau
  37. MRSM Muadzam Shah
  38. MRSM Terendak
  39. MRSM Kuching 
  40. MRSM Mersing
  41. MRSM Tun Ghazali Shafie
  42. MRSM Merbok
  43. MRSM Lenggong
  44. MRSM Tumpat
  45. MRSM Beseri
  46. MRSM Kuala Kubu Bharu
MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Tun Ghafar Baba (nama lama MRSM Jasin) sentiasa mengungguli carta MRSM terbaik semalaysia.

Bolehlah jadikan panduan untuk parents membuat pilihan MRSM untuk kemasukan Tingkatan 4 selepas keputusan PMR nanti. 

Read More »

Tiada lagi Skim Pelajar Cemerlang MARA untuk Fast Track?



Berikutan pengumuman daripada Kementerian Pelajaran yang mengeluarkan larangan penggunaan keputusan peperiksaan percubaan SPM untuk mengikuti program pra-universiti dan asasi di IPTS bermula 2015, ramai ibubapa terutamanya yang anak-anak belajar di MRSM berasa sangat tidak puashati. Bukan setahun dua MARA dok hantar pelajar cemerlang MRSM ke overseas menggunakan trial result, tak payah tunggu keputusan SPM sebenar keluar pun, takde pun masalah rasanya. Kalau adapun, maybe very negligible percentage yang result sebenar tak setanding trial's. My hubby was one of the lucky ones, back in year 1985. To me, itu bukannya ramalan, tapi REAL. Budak-budak tu ambik periksa bukannya cikgu buat forecast. Forecast tu benda yg belum jadi, kalau dah jadi dah ambik periksa, sebenarlah tu..

Actually, my son is one of the impacted students. Luckily, the announcement was made after the trial, so it didn't affect his focus during the trial exams. He really aimed for that scheme. I contacted MARA HQ many many many times but to no avail. Finally, thru my cousin, I managed to speak to MARA State Director. He put me thru pegawai bhgn pendidikan. Unfortunately, pegawai tu pun kata MARA masih dlm proses rundingan dgn kementerian, and I was advised to contact MRSM Langkawi (where my son is studying). I just don't think they have any clue. yang dok dalam pun tak tau..hmm..

I seriously need the info as my son was offered a partial scholarship from Taylor's University based on his mid-term result and such.. Kalau MARA boleh bagi full loan/scholarship, of course that's what we hope for. At this juncture, only Taylor's yang dah bagi offer and we had till Oct 30 untuk accept the offer and pay the booking fee, RM650. Kalau tak jadi ambik Taylor, burn jer lah duit tu.. huhuu.

Alhamdulillah, masa Hari Graduasi MRSM Langkawi on the 1st Nov, kami terima berita baik. MARA dah decide untuk buat program baru, Skim Profesionnal sth sth (to camouflage jer tu) untuk Skim Pelajar Cemerlang (SPC). What a last mins decision, dua hari jer lagi nak SPM. Cikgu pun berpeluh-peluh panik nak bgtau budak-budak suh apply. Kesian kat students, mana nak last mins study, mana nak submit application lagi. Yang parah tu, birth certs mak bapak pun kena attach. Deadline 6hb, bayangkan. Mak bapak yg tak ke mana birth cert tu mesti terlopong, tak pun panik kejap. Alhamdulillah, we made it.

Bezanya Skim Pelajar Cemerlang MARA kali ni, kursus terhad kepada Science & Engineering sahaja. Tiada lagi Medic & Pharmacy. Semua pelajar fast track akan pergi ke Kolej MARA, Kuala Nerang, Kedah. No more collaboration with private universities like Taylor's University, UniKL, MMU, etc.. Itu yang buat hati berbelah bagi sebab my son dah aimed kat Taylor's University for 1+3 program; 1 year kat Malaysia, 3 years kat US.

Masa my son dapat panggilan interview untuk Dean's Award Scholarship kat Taylor's haritu, kitorang satu keluarga pergi. They had the Dean's Award Day which they presented to us about their systems, and facilities in Taylor's. WOW!! We're very impressed with their system and how they mould and prepare their students towards the industry needs; academic performance + character building + leaderships. I could relate to that very much as I was in a multinational company for 13 years.

While I'm writing this entry, I believe my son is busy studying for the remaining papers; Sejarah, Add Maths, Biology, Physics and Chemistry for the next 2 weeks. If you happen to read this entry, please pray for my son's success in this SPM2014. To my beloved son, may Allah protect you and bless you with success in this SPM and future endeavors. Doa mama hanya Allah yang tahu..




Read More »

Mencari pelatih Giatmara dalam bidang fesyen

Dah hampir sebulan mencari pekerja yang boleh menjahit dan potong kain untuk bekerja di kedai kami, Lovely Kidz Closet di Gelugor, Penang yang membuat gaun kanak-kanak. Kanak-kanak sahaja tau! Kebanyakannya boleh jahit tapi tak boleh buat pola atau potong kain.

So, last 2 weeks masa nak pergi Taylor's University sales office kat Vantage, Penang, I decided nak terjah jer ke Giatmara Tanjung Bungah. Mana tau ada rezeki, boleh terus interview. Jenuh gak mencari, tapi akhirnya jumpalah di Lembah Permai, Tanjung Bungah dekat Maybank. Tepi jalan jer actually tapi terselindung sikit. Kalau nak pergi, cari Maybank Tanjung Bungah, sah-sah akan jumpa. Alkisahnya, pegawai kat situ kata untuk fashion & dressmaking dah takdak kat situ. Dia suruh pegi Giatmara Teluk Bahang, about 10km from Giatmara Tanjung Bungah.


Nak pergi ke Giatmara Teluk Bahang ni kena lalu Batu Ferringhi. Almaklum jer lah jalan kat situ sempit dan berliku-liku, so kena drive slow sket lah. Actually tak susah mana nak sampai kat Giatmara Teluk Bahang ni. Ambik main road ke Teluk Bahang, lalu kot Ferringhi tu sampai ler jumpa roundabout, ambik pukul 9. Betul-betul kat sebelah kanan lepas belok kul 9 tu (dekat roundabout tu) ada Masjid Teluk Bahang. Few meters kat depan, lepas masjid tu ada bangunan White Coffe & Chocolate (lbh krg gitulah). Haa, kat situlah giatmara Teluk Bahang, dok kat corner. signboard tak lah besaq sangat. 

Jumpa dengan guru Giatmara sini, dan saya pun dok nyatakan hajat nak cari pekerja. Kat cawangan ni tak ramai sangat student, mostly yang agak berumur dan orang-orang yang berdekatan yang nak belajar menjahit, so susah sketlah nak commute ke Gelugor, jauh dan jam lagi.. Takpelah, maybe bukan rezeki di sini. Anyway, cikgu Giatmara tu ada bagitau sekaranga Giatmara ada program baru untuk pelajar berumur 16 tahun (tingkatan 4) yang kurang cenderung pada akademik, boleh ambik kursus Giatmara 6 bulan. Pastu mereka akan dihatar untuk praktikal di kawasan sekitar. Then, masuk Tingkatan 5, mereka akan sambung belajar di Giatmara untuk kelas fashion & dressmaking dan subjek lain untuk persediaan SPM.. Itu yang saya fahamlah, Katanya, baru jer implemen.. So, bagus jugak kalau dapat trainee..

Minggu lepas, alang-alang dah ada kat Georgetown, saya terjah pulak ke Giatmara Tanjung di Arked MARA dekat Masjid Kapitan Keling. Kat sini nampak meriah jugak dengan student yang muda-muda. Nampak depa tengah asyik memotong kain dan menjahit. Berjumpa dengan Pn Huzah, menyatakan hasrat saya. Alhamdulillah, she's quite helpful. Few days later masa otw nak ke Langkawi untuk Majlis Solat Hajat SPM dan Majlis Graduasi MRSM Langkawi, saya terima mesej dari Pn Huzah. Ada student yang berminat. Alhamdulillah, rasanya itulah rezeki di hari Jumaat, dipermudahkan Allah.

So, Rabu lepas, dah interview seorang lepasan Giatmara Tanjung, a guy but very passionate about dressmaking. Bercita-cita nak buka kedai jahit sendiri, mesin pun dah siap order hasil bantuan MARA melalui program inkubator. Program inkubator Giatmara ni adalah lanjutan drp kursus 6 bulan. Of course, syllabus nyer lagi tinggi, boleh jahit baju pengantin lagi you.. At the same time, diaorang boleh ambik tempahan dan gunakan kemudahan di Giatmara.

Dipendekkan cerita, Lovely Kidz pun menawarkan untuk buat part-time secara per pc basis memandangkan dia belum tamat belajar. Dah bagi kain untuk try, so we shall see the outcome by next week. Hopefully, we get the expected outcome as we're very fussy and particular about sewing quality. Those who have bought dresses from Lovely Kidz Closet would agree with us, wouldn't you?? Hehee..


Read More »