So, last 2 weeks masa nak pergi Taylor's University sales office kat Vantage, Penang, I decided nak terjah jer ke Giatmara Tanjung Bungah. Mana tau ada rezeki, boleh terus interview. Jenuh gak mencari, tapi akhirnya jumpalah di Lembah Permai, Tanjung Bungah dekat Maybank. Tepi jalan jer actually tapi terselindung sikit. Kalau nak pergi, cari Maybank Tanjung Bungah, sah-sah akan jumpa. Alkisahnya, pegawai kat situ kata untuk fashion & dressmaking dah takdak kat situ. Dia suruh pegi Giatmara Teluk Bahang, about 10km from Giatmara Tanjung Bungah.
Nak pergi ke Giatmara Teluk Bahang ni kena lalu Batu Ferringhi. Almaklum jer lah jalan kat situ sempit dan berliku-liku, so kena drive slow sket lah. Actually tak susah mana nak sampai kat Giatmara Teluk Bahang ni. Ambik main road ke Teluk Bahang, lalu kot Ferringhi tu sampai ler jumpa roundabout, ambik pukul 9. Betul-betul kat sebelah kanan lepas belok kul 9 tu (dekat roundabout tu) ada Masjid Teluk Bahang. Few meters kat depan, lepas masjid tu ada bangunan White Coffe & Chocolate (lbh krg gitulah). Haa, kat situlah giatmara Teluk Bahang, dok kat corner. signboard tak lah besaq sangat.
Jumpa dengan guru Giatmara sini, dan saya pun dok nyatakan hajat nak cari pekerja. Kat cawangan ni tak ramai sangat student, mostly yang agak berumur dan orang-orang yang berdekatan yang nak belajar menjahit, so susah sketlah nak commute ke Gelugor, jauh dan jam lagi.. Takpelah, maybe bukan rezeki di sini. Anyway, cikgu Giatmara tu ada bagitau sekaranga Giatmara ada program baru untuk pelajar berumur 16 tahun (tingkatan 4) yang kurang cenderung pada akademik, boleh ambik kursus Giatmara 6 bulan. Pastu mereka akan dihatar untuk praktikal di kawasan sekitar. Then, masuk Tingkatan 5, mereka akan sambung belajar di Giatmara untuk kelas fashion & dressmaking dan subjek lain untuk persediaan SPM.. Itu yang saya fahamlah, Katanya, baru jer implemen.. So, bagus jugak kalau dapat trainee..
Minggu lepas, alang-alang dah ada kat Georgetown, saya terjah pulak ke Giatmara Tanjung di Arked MARA dekat Masjid Kapitan Keling. Kat sini nampak meriah jugak dengan student yang muda-muda. Nampak depa tengah asyik memotong kain dan menjahit. Berjumpa dengan Pn Huzah, menyatakan hasrat saya. Alhamdulillah, she's quite helpful. Few days later masa otw nak ke Langkawi untuk Majlis Solat Hajat SPM dan Majlis Graduasi MRSM Langkawi, saya terima mesej dari Pn Huzah. Ada student yang berminat. Alhamdulillah, rasanya itulah rezeki di hari Jumaat, dipermudahkan Allah.
So, Rabu lepas, dah interview seorang lepasan Giatmara Tanjung, a guy but very passionate about dressmaking. Bercita-cita nak buka kedai jahit sendiri, mesin pun dah siap order hasil bantuan MARA melalui program inkubator. Program inkubator Giatmara ni adalah lanjutan drp kursus 6 bulan. Of course, syllabus nyer lagi tinggi, boleh jahit baju pengantin lagi you.. At the same time, diaorang boleh ambik tempahan dan gunakan kemudahan di Giatmara.
Dipendekkan cerita, Lovely Kidz pun menawarkan untuk buat part-time secara per pc basis memandangkan dia belum tamat belajar. Dah bagi kain untuk try, so we shall see the outcome by next week. Hopefully, we get the expected outcome as we're very fussy and particular about sewing quality. Those who have bought dresses from Lovely Kidz Closet would agree with us, wouldn't you?? Hehee..
.
Salam....sy lepasan giatmara,blh x cik/puan jelaskan dgn lebih detail tntang inkubator tu .
ReplyDelete