Sunday, January 29, 2017

Sambung belajar ke luar negara

Bila anak sulung ditawarkan ke Taylor's University di Sunway sebelum keputusan SPM 2014 keluar, saya berasa sangat bersyukur dan excited. Ketika itu MARA masih lagi terkial-kial nak sort out dengan Kementerian Pelajaran tentang penghantaran pelajar terus ke luar negara berdasarkan SPM trial result.

Hanya 2-3 hari sebelum SPM 2014 bermula, barulah MARA keluarkan program listing untuk para pelajar tajaannya. Seperti dijangkakan tiada lagi fast track. Dan agak mengeciwakan juga sebab MARA dah tak taja pelajar-pelajar pure engineering ke US dan UK. Begitu juga dengan medic.

Tawaran untuk kejuruteraan hanya untuk Teknologi Kejuruteraan. Kursus untuk pure engineering seperti EE, ME, hanya ditawarkan di Australia dan NZ sahaja. Manakala, medic pula ke India, Indonesia. Kalau adapun ke Ireland dan Rusia snagat limited.

Setelah 2 tahun berlalu, MARA masih lagi bermasalah dengan tajaan. Ada 2 faktor kewangan yang ketara:
1. nilai matawang MYR against USD turun dengan teruk. Hari ini 29 Jan 2017, nilainya 4.43 berbanding zaman di mana matawang kita di 'peg' pada 3.8.
2. ramai pelajar tajaan MARA tidak membayar balik pinjaman. Sengaja, malas atau tiada sumber kewangan? Saya tak pasti.

Tawaran ke Taylor's Uni diterima kerana anak saya turut ditawarkan Dean's Award yang memberikan potongan yuran pengajian. At least, boleh membantu mengurangkan beban kewangan. Antara faktor yang kami pertimbangkan untuk menerima tawaran ini:

  • persekitaran pembelajaran yang lebih memberangsangkan dr segi kemudahan, tenaga pengajar dan syllabus.
  • Pembelajaran yang lebih bebas, creative, dan merangsang minda
  • Taylor's menyediakan pelajar untuk real working life. Kecemerlangan akademik dan daya kepimpinan dua2 diutamakan. 
  • Kerjasama dengan korporat dan syarikat-syarikat besar membantu para pelajar mempersiapkan diri ke alam pekerjaan.
  • memendekkan tempoh pembelajaran tanpa mengikuti kursus asas matrikulasi/asasi/A-Level. 
  • American Degree Program (ADP) menyediakan pelajar untuk terus menyambung pelajaran ke US/UK. Students akan belajar undergraduate degree syllabus for 1-2 years kat Malaysia than terus sambung the remaining years in that degree kat US particularly. Boleh buat credit transfer untuk core subjects and also other general education subjects like history, arts, etc.. 
  • of course, the Dean's Award
Bagi yang tercari-cari info tentang private university, saya sangat menggalakkan supaya pergi ke Hari Terbuka Taylor's. Bagi saya sistem pembelajaran nya sangat bagus tapi ada 2 perkara yang agak mencabar iaitu grading system dan yuran pengajian.



Boleh tengok di http://university.taylors.edu.my/

Sistem pembelajaran di Taylor's memang banyak membantu untuk survive di luar negara. Seperti kita sedia maklum, our education system is low compared to US. Kat US, 1st year student (freshman) pun dah belajar something yang lebih advanced dari sistem kita. So, it's important to attend a good ADP locally in preparation for a more challenging environment in US.

 Alhamdulillah, setelah 2 tahun di Taylor's, anak sulung dah pun berada di Washington State University, USA untuk tahun ke-3. Katanya banyak beno homework, but he's enjoying himself there..

MARA loan? Belum berhasil. Camana nak taja yang baru. Pelajar lama tolonglah bayar. Dah offer 50% discount tu. Cer baca ni..http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mara-tawar-diskaun-lagi-20-kepada-peminjam-1.219245


No comments:

Post a Comment