Untuk tahun kewangan 2016, Lembaga Tabung Haji telah mengisytiharkan kadar dividen tahunan 4.25%, manakala bonus hibah haji pula 1.5%. Keseluruhan agihan:
- 4.25% kepada pendeposit yang telah menunaikan haji.
- 4.25 + 1.5% = 5.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus hibah haji hanya terhad kepada pendeposit yang mempunyai jumlah baki minima bulanan kurang atau sama dengan RM9,980.
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit Tabung Haji. Bermula Isnin, 6 Februari 2017, pendeposit boleh menyemak akaun di kaunter Tabung Haji atau rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.
Dividen dan hibah haji ini adalah nilai bersih yang telah ditolak zakat. Kita tak perlu lagi nak susah payah kira zakat sebagaimana simpanan ASB, saham, dan lain-lain simpanan.
Dari segi sejarah pulangannya, sekian lama Tabung Haji telah memberikan pulangan dividen yang amat baik setelah ditolak zakat. Ianya antara insitusi yang sangat wajar dibanggakan oleh umat Islam. Pada tahun ini, berlaku penurunan sebanyak 0.75% dan 2.25% (keseluruhan). Diharapkan institusi TH terus mantap dalam urus tadbirnya dan menjadi lambang kekukuhan ekonomi umat Islam di Malaysia.
SEJARAH KADAR DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI
Melihat kepada sejarah pulangan dividen dan bonus Tabung Haji, terbukti ianya sangat kompetitif. Bagi umat Islam, selain daripada pulangan bersih setelah ditolak zakat, jadikanlah simpanan di Tabung Haji sebagai simpanan atau pelaburan jangka pendek atau sederhana. Pelbagaikan instrumen simpanan dan pelaburan.
Mencari yang halal itu fardhu. Sama-sama kita teguhkan ekonomi umat Islam.
CARA KIRAAN DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAgak kurang jelas..
Contohnya.. Jika kita ada menyimpan cukup satu tahun berjumlah RM 500000.00.
Boleh puan buat simulasi kiraannya. .
Terima kasih.