Sedikit panduan bagi anda yang baru nak mula berjinak dengan simpanan atau pelaburan emas. Terdapat beberapa kriteria yang perlu kita pertimbangkan untuk dapatkan pulangan maksima + selamat + terjamin.
Antara kriterianya:
- Bersandarkan emas sebenar
- Syarikat berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM).
- Harga jual (by the seller) rendah
- Kadar spread (susutnilai) rendah
- Senang beli dan jual
- Urusniaga telus
- Tiada yuran keahlian
Pastikan syarikat penjual emas mempunyai stok emas fizikal dan bukan hanya sekadar atas kertas.
Public Gold menawarkan 2 jenis pembelian utama; outright purchase (belian terus emas fizikal) dan juga GAP (Gold Accumulation Program) iaitu pembelian secara membuka akaun dan boleh keluarkan emas apabila perlu.
2. Syarikat jualan emas mestilah berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
Untuk jaminan dan mengelakkan penipuan serta kerugian, pastikan syarikat berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Rujuk senarai syarikat yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara
Public Gold tidak ada di dalam senarai kerana ia berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
3. Harga jual rendah dan bebas-GST
Maksimakan keuntungan dengan harga jualan yang rendah. Pastikan harga emas simpanan/pelaburan lebih rendah daripada kedai emas dengan mengambil kira caj dan upah. Harga jualan murah semata-mata tidak menjamin keuntungan maksima. Ianya perlu digandingkan dengan harga belian balik yang tinggi untuk dapatkan susutnilai (spread) yang kecil / tipis. Pastikan juga ianya bebas-GST.
Harga emas Public Gold adalah rendah kerana bekalan emas Public Gold adalah direct dari kilang. Emas Public Gold 24K (999.9) jenis LBMA juga adalah bebas GST. Selain Kijang Emas Bank Negara, hanya emas Public Gold mendapat pengiktirafan LBMA. Kesannya, PENJIMATAN sebanyak 6%. Bayangkan jika kita beli pada harga RM10,000, kita perlu membayar GST sebanyak RM600. Aduh! satu jumlah yang banyak, boleh beli 3gm emas lagi!
4. Kadar spread (susutnilai) rendah
Perbezaan harga belian balik dengan harga jualan menentukan kadar spread (sustnilai). Lebih rendah, lebih baik. Kebiasaannya, syarikat pengeluar/pedagang emas mempunyai spread yang lebih rendah berbanding kedai emas biasa.
- PG Sell (Harga jualan oleh Public Gold): RM1,886
- PG Buy (Harga belian balik oleh Public Gold): RM1,716
- Spread =[(PG Sell - PG Buy)/PG Sell] x 100% = 9%
Spread harga emas Public Gold untuk tahun 2017 ialah antara 6%-9% bergantung kepada saiz (jenis dan gram).
Jika anda menjadi dealer Public Gold, lihat bagaimana anda boleh jana keuntungan dengan lebih cepat jika anda membeli emas yang mempunyai spread terendah:
- pulangan = komisen untuk belian + komisen jualan semula + kenaikan - spread
- Normal Dealer; pulangan = 1% + 0.3% + 5% - 6% = 0.3%
- Priority Dealer, pulangan = 1.5% + 0.3% + 5% - 6% = 0.8%
- Master Dealer; pulangan = 2% + 0.3% + 5% - 6% = 1.3%
Wallaa!! melihatkan harga gold yang naik mendadak dan turun mendadak, sebagai dealer dah berpeluang nak jana keuntungan dengan cepat berbanding pelanggan biasa.
5. Senang beli dan jual
Kriteria ini dipengaruhi oleh faktor seperti cawangan yang terhad, tiada kemudahan untuk belian balik oleh syarikat emas, dan juga kesulitan menjual balik kepada syarikat kerana keadaan emas itu sendiri contoh kemek, rosak, calar atau tiada sijil.
Dengan itu, pemilik emas perlu menjual di syarikat lain, pajak gadai atau kedai emas yang mana kadar susutnilai menjadi lebih tinggi dari yang sepatutnya.
Public Gold mempunyai 16 cawangan di seluruh Malaysia, 2 cawangan di Singapura dan 1 di Indonesia. Public Gold juga mempunyai rakan strategik Pos Ar-Rahnu. Oleh itu, pelanggan boleh mengambil emas mereka di Pos Ar-Rahnu selain daripada cawangan Public Gold sendiri,
Bukti emas Public Gold diterima baik di negara lain. Ini kerana ianya diiktiraf LBMA.
Testimoni senang dan untungnya jual emas Public Gold di Mekah |
Public Gold juga memberi jaminan belian balik mengikut harga yang dipamerkan di website Public Gold walaupun emas tersebut calar atau kemek asalkan ia tidak mengubah berat asalnya.
6. Urusniaga telus
Untuk transaksi yang lebih selamat dan cekap, pilihlah syarikat yang menawarkan informasi dan urusniaga yang telus supaya kita boleh membuat kiraan dan keputusan yang tepat sebelum membuat pembelian.
Public Gold online platform; www.publicgold.com.my menyediakan informasi lengkap tentang harga semasa emas dunia dan harga emas Public Gold juga dikemaskini setiap 20 minit. Untuk akaun GAP, kemaskini harga berlaku setiap 24jam pada pukul 12 tengah malam. Kadar premium untuk belian terus fizikal atau pengeluaran emas fizikal turut disertakan di dalam website ini. Semasa pelanggan mengambil emas, tiada lagi caj lain yang tersembunyi yang perlu dibayar.
7. Tiada yuran keahlian
Pilihlah syarikat yang tidak mengenakan yuran keahlian untuk menjadi ahli atau pelanggan emas mereka.
Public Gold tidak mempunyai sebarang yuran keahlian. Konsepnya mudah. Pelanggan beli emas, untuk simpan emas atau sebagai pelaburan jangka panjang. Apa yang mereka bayar, itulah yang mereka dapat. Sebaliknya pula, Public Gold memberikan kelebihan kepada pelanggan yang membuat belian pada harga tertentu untuk layak menjadi dealer secara automatik. Terpulang kepada ahli berdaftar untuk menggunakan kelebihan menjadi dealer untuk menjana pendapatan sampingan. Tiada gesaan atau paksaan untuk mencari ahli baru atau downline.
Nikmatnya bagi saya, menjadi dealer ni ialah peluang untuk membantu orang ramai ke arah masa depan yang lebih terjamin.
Moga perkongsian ini memberi panduan untuk anda membuat pilihan tepat untuk masa depan yang lebih terjamin.
Jika anda perlukan sebarang maklumat, sila berhubung terus dengan saya.
Yati
018-4072805
PG Code: PG00078812
No comments:
Post a Comment