Saturday, February 4, 2017

Tentang Public Gold



Public Gold telah diasaskan oleh Dato' Wira Louis Ng Chun Hau pada tahun 2008. Aktiviti utama Public Gold ialah urusniaga emas merangkumi pengilangan (refinery), pengurusan tukaran emas (exchange), jual beli emas (trading), serta menyediakan kemudahan simpanan emas (safe deposit) kepada orang ramai.

Pemilihan nama "Public Gold" oleh Dato' Louis adalah berasaskan kepercayaannya bahawa emas adalah milik semua orang kerana kestabilannya dan ia juga menjadi medium tukaran antarabangsa.

*Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank atau Public Mutual Fund

Ibu pejabat Public Gold terletak di Technoplex Bayan Lepas Industrial Zone, Phase IV, Penang. Cawangan pertama Public Gold telah dibuka di Bukit Jambul, Penang pada tahun 2008. Kini, terdapat 16 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, 2 di Singapura dan 1 cawangan yang baru dibuka pada tahun 2016 di Indonesia.

Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar emas terkenal di Turki iaitu Nadir Metal Refinery Group dan seterusnya dilantik sebagai pengedar tunggal untuk pelaburan emas yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA). Dengan itu emas yang diiktiraf  LBMA juga dikecualikan GST.

Public Gold beroperasi secara fizikal di cawanagan dan semua transaksi emas dibuat secara online di website Public Gold yang serba lengkap. Pelanggan boleh melihat harga emas dunia dan harga emas Public Gold secara langsung 24jam sehari, seterusnya membuat transaksi jual dan beli pada bila-bila masa, 24jam 7 hari seminggu. Selain itu, paparan harga jual dan beli sangat telus membolehkan pelanggan baru dan lama membuat perkiraan sendiri akan kelebihan membuat urusniaga dengan Public Gold.


No comments:

Post a Comment