Thursday, February 9, 2017

Sinar Harian: Public Gold Patuh Syariah

Tahniah Public Gold.
Alhamdulillah, semoga tiada lagi keraguan dalam jual beli emas Public Gold.
8 Februari 2017, secara rasminya Public Gold Founder, Dato' Wira Louis Ng telah mengadakan Press Conference bersama Founder dan Consultant Amanie Advisors, Datuk Dr Mohd Daud Bakar di Public Gold HQ, Penang.
Public Gold menjadi syarikat emas pertama di Malaysia diiktiraf sebagai patuh syariah.



Media coverage by Sinar Harian 

"Public Gold patuh syariah"

Public Gold patuh syariah


"Public Gold syarikat emas pertama di Malaysia terima sijil syariah"

Anda boleh baca artikel sebelum ini tentang Public Gold Syarikat Emas Yang Patuh Syariah.
Read More »

Wednesday, February 8, 2017

Lesson 101: Gold vs Paper Money

Even an Asperger kid can understand what real money is..

Listen to what this 14yo kid has got to say about our ringgit vs gold. A very simple explanation to understand the value of both.


Be accountable for your own future. Take action by converting SOME of your money into real money i.e. GOLD

Please feel free to contact me for further enquiries about gold / Public Gold.

Yati
Public Gold Introducer (PG00078812)
018.4072805

Read More »

Simpanan Emas Untuk Jangka Sederhana dan Panjang

Dividen ASB Tahun 2016: 6.75% (selepas zakat 4.25%)
Dividen Tabung Haji 2016: 4.25% (sebelum zakat 6.75%)
Emas Public Gold 1 tahun (6/2/16 - 8/2/17): 13% (sebelum zakat)
.
Bagi saya emas sangat sesuai sebagai simpanan jangka sederhana dan panjang. 
.


Kenapa?
Sebab kita perlu ambilkira sustnilai untuk jualan semula. Melainkan simpanan kita dalam gram yang banyak. Kita juga perlu ambilkira zakat 2.5%.
.
Lihat kiraan di bawah. Consider 13% sebagai peningkatan harga emas dalam setahun (6/2/2016 - 8/2/2017)
Jika kita ada 10gm emas, susutnilai 9% => untung 4% 
Jika kita ada 100gmemas, susutnilai 7% => untung 6% => aft zakat 3.5%
Jika kita ada 250gm emas, sustnilai 6% => untung 7% => aft zakat 4.5%.

*Zakat emas ialah 85gm pada kadar 2.5%

Targetkan untuk simpanan jangka sederhana dan panjang TAPI jika harga emas melambung naik dalam kadar cepat contoh setahun, anda boleh jual semula (jika perlu), dan buat untung dengan cepat. So, memang tak rugikan.

Kadar untung di atas boleh menjadi LEBIH MENARIK jika anda seorang dealer? Nak tau kenapa dan bagaimana?

Sila hubungi saya bila-bila masa. In shaa Allah kita berkongsi ilmu.

Noryatimah Mohd Nordin
Public Gold Priority Dealer (PG00078812)
018.407.2805

Read More »

Tuesday, February 7, 2017

Freebies: Buat Duit Sambil Shopping dengan Shopback

Korang suka shopping online? Best tau bila kita shopping pastu kita dapat balik duit kita.. takdelah dapat kesemuanya. Jadi free lah plak, ye dak? Dapat dalam 2% hingga ada yang 30% bergantung kat mana korang shopping lah.

Memang berita baik untuk kaki online shopping. Tak payah nak susah payah berpanas berhujan, nak bayar parking ke apa ke.. pastu siap dapat duit balik. Apa kata kita manfaatkan offer ni. Tak rugi sesen pun..

Ok, nama website ni Shopback. Sebenarnya, kewujudannya dah agak lama, sekitar 2014 tapi saya pun baru tahu. Sebelum ni tak ambik port sangat dengan benda-benda camni..


Apa Yang Best Sangat Dengan Shopback?
  • pelanggan dapat pulangan tunai (cashback) sekitar 2%-30% daripada harga barangan menghubungkan pembeli macam kita dengan penjual/pedagang online
  • ada 500 pilihan online store untuk fashion, groceries, health & beauty, sports, travel, dan macam-macam lagi. Antara yang popular seperti Zalora, Lazada, Agoda, AirAsiaGo, Groupon, Booking.com, Adidas, Electrolux, Kinokuniya, Hotels.com dan banyak lagi.
  • untuk pastikan kita tak lupa nak gunakan shopback ni, boleh install Shopback Cashback Buddy kat Chrome browser. Bila kita terus pergi ke online store yang ada link ngan Shopback, Cash Buddy akan prompt kita untuk Activate Cashback. Best kan.




  • Bila dah install Cashback Buddy, akan ada 3 jenis indikator button kat top right corner / sebelah URL link.
  • #1 - Button button "Swarna hijau. Ini menunjukkan online store tu dah activated dengan Shopback Cashback. Apa lagi, shop and earn jer lah.

  • #2 - Button "S" warna merah dan blinking. Maknanya Cashback belum activated. So, klik jer "Activate Cashback" button and boleh start shopping.
Red button "S" menunjukkan Cashback is not activated yet.
  • #3 - Button "S" warna merah tapi tak blinking (neutral jer). Maknanya online store tu takde link dengan Shopback. 



Cara Nak Guna Shopback

1. Klik Shopback

2. Daftar menggunakan email atau facebook login. Daftar FREE jer tapi yang best lagi, once signed up, terus dapat RM5.00 BONUS.

3. Pastu login lah ke Shopback .

4. Pilih mana-mana store yang korang suka. Boleh "View More" untuk lebih pilihan


5. Klik pada store tersebut. Satu pop-up screen akan keluar: "Few things to note". Klik "Shop Now"



6. Korang akan dibawa ke website berkenaan. Pastikan korang kekal dalam website tu sehingga pembayaran dibuat. Jika and buka tab lain (bukan dari shopback link), tiada point cashback yang boleh ditebus.

7. Once dah buat payment, automatically Shopback akan update cashback amount. Contohnya, kalau beli barang berharga RM200 dengan 5% cashback, maka akaun korang akan tunjukkan RM10 dalam masa 48hrs. Klik pada down arrow di sudut atas kanan sebelah nama, dan klik "My Cashback".


8. Contoh status akaun.



9. Bila jumlah terkumpul di "Redeemable" dah cukup minima RM10, korang boleh la request payout. Nanti Shopback akan terus masukkan dalam akaun bank korang. So, jangan lupa update bank akaun info ya.


Read More »

Sunday, February 5, 2017

Mengapa memilih emas Public Gold?

Kewujudan syarikat yang menjual emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan semakin banyak di Malaysia. Secara positifnya, ia memberikan peluang untuk kita membuat pilihan. Dalam masa yang sama juga, kita juga akan keliru dalam membuat pilihan.

Sedikit panduan bagi anda yang baru nak mula berjinak dengan simpanan atau pelaburan emas. Terdapat beberapa kriteria yang perlu kita pertimbangkan untuk dapatkan pulangan maksima + selamat + terjamin.

Antara kriterianya:
  1. Bersandarkan emas sebenar
  2. Syarikat berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM). 
  3. Harga jual (by the seller) rendah
  4. Kadar spread (susutnilai) rendah
  5. Senang beli dan jual
  6. Urusniaga telus
  7. Tiada yuran keahlian
Semasa membuat pilihan, cuba berikan skor kepada setiap kriteria di bawah. Untuk rujukan, saya sertakan juga info tentang Public Gold.
1. Bersandarkan emas sebenar

Pastikan syarikat penjual emas mempunyai stok emas fizikal dan bukan hanya sekadar atas kertas. 

Public Gold menawarkan 2 jenis pembelian utama; outright purchase (belian terus emas fizikal) dan juga GAP (Gold Accumulation Program) iaitu pembelian secara membuka akaun dan boleh keluarkan emas apabila perlu.

2. Syarikat jualan emas mestilah berdaftar dengan Bank Negara Malaysia
Untuk jaminan dan mengelakkan penipuan serta kerugian, pastikan syarikat berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Rujuk senarai syarikat yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara  

Public Gold tidak ada di dalam senarai kerana ia berdaftar dengan Bank Negara Malaysia

3. Harga jual rendah dan bebas-GST 
Maksimakan keuntungan dengan harga jualan yang rendah. Pastikan harga emas simpanan/pelaburan lebih rendah daripada kedai emas dengan mengambil kira caj dan upah. Harga jualan murah semata-mata tidak menjamin keuntungan maksima. Ianya perlu digandingkan dengan harga belian balik yang tinggi untuk dapatkan susutnilai (spread) yang kecil / tipis. Pastikan juga ianya bebas-GST.

Harga emas Public Gold adalah rendah kerana bekalan emas Public Gold adalah direct dari kilang. Emas Public Gold 24K (999.9) jenis LBMA juga adalah bebas GST. Selain Kijang Emas Bank Negara, hanya emas Public Gold mendapat pengiktirafan LBMA. Kesannya, PENJIMATAN sebanyak 6%. Bayangkan jika kita beli pada harga RM10,000, kita perlu membayar GST sebanyak RM600. Aduh! satu jumlah yang banyak, boleh beli 3gm emas lagi! 

4. Kadar spread (susutnilai) rendah
Perbezaan harga belian balik dengan harga jualan menentukan kadar spread (sustnilai). Lebih rendah, lebih baik. Kebiasaannya, syarikat pengeluar/pedagang emas mempunyai spread yang lebih rendah berbanding kedai emas biasa.


  • PG Sell (Harga jualan oleh Public Gold): RM1,886
  • PG Buy (Harga belian balik oleh Public Gold): RM1,716
  • Spread =[(PG Sell - PG Buy)/PG Sell] x 100% = 9%
Spread harga emas Public Gold untuk tahun 2017 ialah antara 6%-9% bergantung kepada saiz (jenis dan gram).


Jika anda menjadi dealer Public Gold, lihat bagaimana anda boleh jana keuntungan dengan lebih cepat jika anda membeli emas yang mempunyai spread terendah: 
  • pulangan = komisen untuk belian + komisen jualan semula + kenaikan - spread 
  • Normal Dealer; pulangan = 1% + 0.3% + 5% - 6%  = 0.3%
  • Priority Dealer, pulangan = 1.5% + 0.3% + 5% - 6% = 0.8%
  • Master Dealer; pulangan = 2% + 0.3% + 5% - 6% = 1.3%
Wallaa!! melihatkan harga gold yang naik mendadak dan turun mendadak, sebagai dealer dah berpeluang nak jana keuntungan dengan cepat berbanding pelanggan biasa.

5. Senang beli dan jual
Kriteria ini dipengaruhi oleh faktor seperti cawangan yang terhad, tiada kemudahan untuk belian balik oleh syarikat emas, dan juga kesulitan menjual balik kepada syarikat kerana keadaan emas itu sendiri contoh kemek, rosak, calar atau tiada sijil.

Dengan itu, pemilik emas perlu menjual di syarikat lain, pajak gadai atau kedai emas yang mana kadar susutnilai menjadi lebih tinggi dari yang sepatutnya.

Public Gold mempunyai 16 cawangan di seluruh Malaysia, 2 cawangan di Singapura dan 1 di Indonesia. Public Gold juga mempunyai rakan strategik Pos Ar-Rahnu. Oleh itu, pelanggan boleh mengambil emas mereka di Pos Ar-Rahnu selain daripada cawangan Public Gold sendiri, 

Bukti emas Public Gold diterima baik di negara lain. Ini kerana ianya diiktiraf LBMA.

Testimoni senang dan untungnya jual emas Public Gold di Mekah
Untuk jualan balik, selain cawangan Public Gold, anda boleh menjual dan memajak emas Public Gold di Pajak Gadai ArRahnu. Pelanggan Public Gold juga boleh menjual semula emas melalui website Public Gold pada bila-bila masa.

Public Gold juga memberi jaminan belian balik mengikut harga yang dipamerkan di website Public Gold walaupun emas tersebut calar atau kemek asalkan ia tidak mengubah berat asalnya.

6. Urusniaga telus
Untuk transaksi yang lebih selamat dan cekap, pilihlah syarikat yang menawarkan informasi dan urusniaga yang telus supaya kita boleh membuat kiraan dan keputusan yang tepat sebelum membuat pembelian.

Public Gold online platform; www.publicgold.com.my menyediakan informasi lengkap tentang harga semasa emas dunia dan harga emas Public Gold juga dikemaskini setiap 20 minit. Untuk akaun GAP, kemaskini harga berlaku setiap 24jam pada pukul 12 tengah malam. Kadar premium untuk belian terus fizikal atau pengeluaran emas fizikal turut disertakan di dalam website ini. Semasa pelanggan mengambil emas, tiada lagi caj lain yang tersembunyi yang perlu dibayar.

7. Tiada yuran keahlian

Pilihlah syarikat yang tidak mengenakan yuran keahlian untuk menjadi ahli atau pelanggan emas mereka.  

Public Gold tidak mempunyai sebarang yuran keahlian. Konsepnya mudah. Pelanggan beli emas, untuk simpan emas atau sebagai pelaburan jangka panjang. Apa yang mereka bayar, itulah yang mereka dapat. Sebaliknya pula, Public Gold memberikan kelebihan kepada pelanggan yang membuat belian pada harga tertentu untuk layak menjadi dealer secara automatik. Terpulang kepada ahli berdaftar untuk menggunakan kelebihan menjadi dealer untuk menjana pendapatan sampingan. Tiada gesaan atau paksaan untuk mencari ahli baru atau downline. 

Nikmatnya bagi saya, menjadi dealer ni ialah peluang untuk membantu orang ramai ke arah masa depan yang lebih terjamin.


Moga perkongsian ini memberi panduan untuk anda membuat pilihan tepat untuk masa depan yang lebih terjamin.

Jika anda perlukan sebarang maklumat, sila berhubung terus dengan saya.

Yati
018-4072805
PG Code: PG00078812





Read More »

Saturday, February 4, 2017

Tentang Public Gold



Public Gold telah diasaskan oleh Dato' Wira Louis Ng Chun Hau pada tahun 2008. Aktiviti utama Public Gold ialah urusniaga emas merangkumi pengilangan (refinery), pengurusan tukaran emas (exchange), jual beli emas (trading), serta menyediakan kemudahan simpanan emas (safe deposit) kepada orang ramai.

Pemilihan nama "Public Gold" oleh Dato' Louis adalah berasaskan kepercayaannya bahawa emas adalah milik semua orang kerana kestabilannya dan ia juga menjadi medium tukaran antarabangsa.

*Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank atau Public Mutual Fund

Ibu pejabat Public Gold terletak di Technoplex Bayan Lepas Industrial Zone, Phase IV, Penang. Cawangan pertama Public Gold telah dibuka di Bukit Jambul, Penang pada tahun 2008. Kini, terdapat 16 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, 2 di Singapura dan 1 cawangan yang baru dibuka pada tahun 2016 di Indonesia.

Public Gold telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar emas terkenal di Turki iaitu Nadir Metal Refinery Group dan seterusnya dilantik sebagai pengedar tunggal untuk pelaburan emas yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA). Dengan itu emas yang diiktiraf  LBMA juga dikecualikan GST.

Public Gold beroperasi secara fizikal di cawanagan dan semua transaksi emas dibuat secara online di website Public Gold yang serba lengkap. Pelanggan boleh melihat harga emas dunia dan harga emas Public Gold secara langsung 24jam sehari, seterusnya membuat transaksi jual dan beli pada bila-bila masa, 24jam 7 hari seminggu. Selain itu, paparan harga jual dan beli sangat telus membolehkan pelanggan baru dan lama membuat perkiraan sendiri akan kelebihan membuat urusniaga dengan Public Gold.


Read More »

Public Gold syarikat emas yang patuh syariah

Antara perkara yang saya utamakan dalam membuat pelaburan atau simpanan ialah memastikan ianya memenuhi syariat Islam (syariah-compliant). Di sinilah letaknya keberkatan rezeki kita. Bukan sekadar melihat kepada pulangannya tapi keredhaan Allah adalah lebih utama.

Begitu juga dengan pelaburan emas. Setelah saya meneliti beberapa syarikat emas, saya dapati syarikat Public Gold memenuhi garis panduan syariat Islam walaupun ketika saya join Public Gold belum memiliki sijil patuh syariah..

Kini, setelah 8 tahun kewujudannya, Alhamdulillah pada tarikh bersejarah 16 Januari 2017, Public Gold telah mendapat sijil pengiktirafan patuh syariah Fasa 1 daripada  Amanie Advisors Sdn Bhd untuk 3 kaedah pembelian iaitu:

  • Outright Purchase (pembelian terus emas fizikal)
  • Easy Payment Payment (EPP)
  • Buy back (belian semula)
Public Gold juga mempunyai 2 lagi kaedah pembelian yang masih lagi dalam proses pengiktirafan Fasa ke2.

  • Gold Accumulation program (GAP)
  • PG Mall iaitu  online shopping portal yang menggunakan sistem transaksi emas yang dikenali sebagai Gold Payment System (GPS)


Sijil Patuh Syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.

Dengan ini, Public Gold menjadi syarikat pedagang emas yang pertama di Malaysia menerima pengiktirafan patuh syariah.

Amanie Advisors Sdn Bhd telah dilantik sebagai konsultan dan penasihat Syariah bagi Public Gold. Amanie Advisors telah bekerjasama dengan 'World Gold Council' dan 'Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)' untuk membangunkan standard syariah untuk urusniaga emas.

KUPASAN TENTANG URUSNIAGA PATUH SYARIAH PUBLIC GOLD

Ustaz Khairul Anuar Basri, seorang ahli muamalat Islam mengupas tentang urusniaga emas Public Gold dari sudut pandang syariat Islam:
PENGESAHAN SYARIAH (FASA 1).
Alhamdulillah.
Semalam secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).
Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH (OUTRIGHT PURCHASE)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT / EASY PAYMENT PLAN (EPP)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
Semoga sedikit #NotaEmasDanSyariah #NotaEDS ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold.
Perlu saya tegaskan sekali lagi, selepas ini akan ada beberapa lagi siri pengesahan patuh Syariah yang akan dijalankan oleh pihak Penasihat Syariah ke atas semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Public Gold.
Saya sendiri sangat teruja untuk melihat #MindaShariah dalam urusniaga emas Public Gold melalui produk-produk seperti Gold Accumulation Program (GAP), trade-in, PG Mall, Gold Payment System (GPS), GoldCash dan lain-lain yang jelas seiring dengan perkembangan ekonomi semasa dalam memartabatkan emas sebagai wang sebenar.
Sama-sama kita nantikan dan berdoa semoga usaha murni yang tidak mengenal penat lelah ini akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Read More »

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2017 (Tahun Kewangan 2016)

Kadar dividen dan bonus Tabung Haji akhirnya diumumkan pada 3 Februari 2017. Sememangnya pengumuman ini sangat dinanti-nantikan kerana selama ini Tabung Haji memberikan pulangan yang agak lumayan. Pendeposit yang belum menunaikan haji juga akan menerima tambahan bonus atau hibah haji di samping dividen tabung haji.

Untuk tahun kewangan 2016, Lembaga Tabung Haji telah mengisytiharkan kadar dividen tahunan 4.25%, manakala bonus hibah haji pula 1.5%. Keseluruhan agihan:

  • 4.25% kepada pendeposit yang telah menunaikan haji. 
  • 4.25 + 1.5% = 5.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus hibah haji hanya terhad kepada pendeposit yang mempunyai jumlah baki minima bulanan kurang atau sama dengan RM9,980. 
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit Tabung Haji. Bermula Isnin, 6 Februari 2017, pendeposit boleh menyemak akaun di kaunter Tabung Haji atau rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

Dividen dan hibah haji ini adalah nilai bersih yang telah ditolak zakat. Kita tak perlu lagi nak susah payah kira zakat sebagaimana simpanan ASB, saham, dan lain-lain simpanan.

Dari segi sejarah pulangannya, sekian lama Tabung Haji telah memberikan pulangan dividen yang amat baik setelah ditolak zakat. Ianya antara insitusi yang sangat wajar dibanggakan oleh umat Islam. Pada tahun ini, berlaku penurunan sebanyak 0.75% dan 2.25% (keseluruhan). Diharapkan institusi TH terus mantap dalam urus tadbirnya dan menjadi lambang kekukuhan ekonomi umat Islam di Malaysia.

SEJARAH KADAR DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI


Melihat kepada sejarah pulangan dividen dan bonus Tabung Haji, terbukti ianya sangat kompetitif. Bagi umat Islam, selain daripada pulangan bersih setelah ditolak zakat, jadikanlah simpanan di Tabung Haji sebagai simpanan atau pelaburan jangka pendek atau sederhana. Pelbagaikan instrumen simpanan dan pelaburan.

Mencari yang halal itu fardhu. Sama-sama kita teguhkan ekonomi umat Islam.
 

CARA KIRAAN DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI






Read More »