Saturday, October 25, 2014

Persiapan umrah dan syarat baru umrah

Sekarang ni, syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi makin strict untuk dapatkan Visa Umrah dan Haji. Tak silap, since last 2013 depa dok kenakan syarat mahram yang ketat. Sebelum ni memang dah ada syarat tu tapi tak enforced. Maybe sebab makin ramai umat Islam yang nak mengunjungi Baitullah walhal Arab Saudi sedang sibuk dengan kerja-jerja operasi pembesaran MasjidilHaram.



Niat nak mengerjakan umrah pada bulan Mac yang lepas terpaksa ditunda sebab kes takde Mahram. Cadangnya nak temankan sepupu yang belum pernah pergi lagi tapi hajat tak kesampaian. Antara syaratnya, wanita yang berumur kurang dari 45tahun mesti ditemani mahram (suami/bapa/abang/adik lelaki), dah tak boleh tumpang mahram macam tahun-tahun sebelumnya. My hubby tak dapat pergi kali ni sebab sacrifice nak tengokkan anak yang masih bersekolah.

So, In shaa Allah Disember ni kami sekeluarga akan ke sana lagi. Kali ni kami memilih Bahrulmazi Travel Agent yang beroperasi di Bandar Perda, Pulau Pinang untuk memudahkan segala urusan. Sebelumnya, pilihan kami ialah Andalusia Travel Agent (beroperasi di Kg Pandan, KL) untuk Haji dan Umrah. Alhamdulillah, pengalaman dengan Andalusia sangat memuaskan hati dan menyenangkan. Untuk pengalaman yang berbeza dan memudahkan urusan Visa etc, kami pilih travel agent di Pulau Pinang.

Antara perkara yang jelas bezanya antara dua travel agent ni ialah kursus Umrah. Andalusia menyediakan kursus pada setiap minggu, manakala Bahrulmazi hanya sekali sahaja. Agak terkilan dengan hal ini. Saya telah menyuarakan ketidakpuasan hati dan cadangan tentang hal ini. Bayangkan jika jemaah yang pertama kali nak mengerjakan umrah, pastinya akan terpinga-pinga tanpa panduan secukupnya. Ini hal ibadah, bukan sekadar pergi bercuti. Seharusnya, fokus lebih kepada membantu umat Islam melaksanakan ibadah umrah dengan sempurna, buka hanya fikirkan biz profit semata-mata. Sesungguh saya amat terkilan sebenarnya. Lagi terkilan sebab tarikh kursus tu clash dengan program Solat Hajat SPM & Majlis Graduasi di MRSM Langkawi. Harapnya Pihak Pengurusan BahrulMazi dapat memikirkan hal ini dengan sewajarnya pada masa-masa akan datang. 

Kenapa sebelum ni pilih Andalusia? Antara sebabnya; bimbingan lengkap (sgt penting) dan harga yang berpatutan dengan lokasi hotel di Mekah. Kenapa pakej umrah Andalusia lebih murah sedikit dari yang lain? Antaranya, sebelum hotel2 lama dirobohkan, Andalusia telah memajak bbrp buah hotel di Mekah untuk bbrp tahun, so kadarnya akan jadi lebih murah. Kebaikannnya pada kita, kalau kita pergi haji/umrah, kita dah tahu hotel apa yang kita akan duduk. Kedudukan hotel biasanya dlm lingkungan 300-450m dr MasjidilHaram (sebelum hotel lama dirobohkan), agak senang berulang-alik ke MasjidilHaram. Makan dan minum, Alhamdulillah puashati. Mutawwif dan bimbingan Ustaz Daud Che Ngah sendiri pun buat kita lebih selesa dan bersedia. Sebenarnya, kepuasanhati ni very subjective.. Alhamdulillah persediaan mental dan redho dengan apa yang disediakan membuatkan kami berpuashati dengan Andalusia.. 

Back to persediaan umrah ni. Antara yang diperketatkan syaratnya, kita kena buat:
  • pengesahan sijil lahir anak-anak di Pejabat Pendaftaran
  • pengesahan Sijil Nikah di Pejabat Agama. 
Agak leceh sebenarnya, tapi nak buat camana kan, ikut jer lah.. 

Satu hal lagi wajib ambik suntikan vaksin Meningococcal Meningitis Mencevax. La ni, hospital atau klinik kesihatan kerajaan dah tak bagi free suntikan ni, kena ambik kat klinik swasta. Harganya RM120/jab. Kami ambik suntikan kat Klinik Syifa di Gelugor, Penang (Dr. Danial Zainal Abidin).. terkezut jugak masa nak bayar sebab seingat saya tahun 2010, saya bayar dlm RM30++ jer, kalau tak silap. I think sebab ni jenis/brand yang lain, bukan yang normal ACYW-135 yang selama ni jemaah ambik tu..

Moga mendapat sedikit manfaat drp perkongsian ini..










Read More »

Thursday, October 23, 2014

Doa untuk mendapatkan pengakhiran yang baik husnul khotimah

Flashback: semalam tengok berita kemalangan ngeri kat Karak Highway sungguh tragis. In split seconds jer, kawan/saudara kita pergi begitu sahaja. Innalillahi wainna ilaihi raaji'uunn. Moga roh mereka yang terlibat (sekiranya Muslim) akan ditempatkan bersama para solehin. Kita yang masih bernyawa ni, kena selalu berdoa agar kita memperolehi pengakhiran yang baik sebelum nyawa terpisah daripada jasad.

 Mari kita amalkan doa ni setiap hari:


 
Read More »

Kembali menulis..

Fuhh! fuhh! berabuk sungguh blog ni sebab dah lama tak jenguk. Tetiba rasa nak menulis semula. so, bermulalah episod housekeeping blog ni... penat gak, adeii.. Anyway, sebelum tu nak ucapkan Happy Diwali to all Indian friends who celebrate this festival today, 22th Oct.

   

Lets celebrate with full of harmony and respect!
Read More »

Wednesday, May 16, 2012

Kenapa FB sangat bagus untuk bisnes anda

Pasang komputer, facebook juga yang dibuka dulu. Tak sah kalau pegang komputer, tak buka facebook kan? Makin ramai yg berniaga kat facebook. Kenapa ya? Ni antara sebab2 nya..

01) Ratusan Juta Pengguna Facebook Tau tak bahawa rakyat Malaysia merupakan antara pengguna teritinggi di dunia dan Asia. So, prospek lebih tertumpu dan luas.

02) Facebook Ads Iklan kat facebook lebih tertumpu dan boleh disasarkan kepada niche tertentu cth umur, jantina, lokasi, etc..Kat mana lagi ada yg seumpama dengannya? Entahlah.. Walaupun berbayar, tapi kalau kena tekniknya memang berbaloi-baloi. Iklan pun takde lah mahal sangat, kita boleh set bajet kita.

03) Facebook Mobile Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka. Cuba perhatikan, ramai jer yg update atau akses facebook guna mobile devices. So, facebook is so accessible anywhere, anytime.

04) Facebook Bersifat Viral Anda post/komen kat fb, rakan fb anda pun tau. Bila ada orang klik like kat page anda, rakan kepada orang tersebut pun tau. Bila orang komen kat pos promosi anda, prospek lain pun blh tau dan mungkin berminat nak beli sama, dan begitulah seterusnya.. So, ianya boleh jadi promosi direct atau indirect.

05) Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka. Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.

Banyak nyer nak citer, register je lah kat sini, anda dapat FREE info ttg pemasaran fb. Lebih cepat anda belajar ttg pemasaran fb ni, lebih cepat and berjaya buat biz kat fb, insyaAllah. Kita hanya berusaha..
Read More »

Thursday, March 29, 2012

Jika anda berminat menjadi guru

Kerjaya guru sebenarnya amatlah mulia. Besar amanah yang dipikul. Ilmu yang disampaikan juga insyaAllah boleh menjadi pencen akhirat juga.

Tahukah anda bahawa kerjaya guru di Malaysia bermula dengan lulusan SPM sahaja? Mungkin rahsia ini tidak ramai yang mengetahuinya kerana beberapa sebab seperti tiada sumber informasi seperti buku rujukan khusus, tidak dapat mengikuti perkembangan pendidikan semasa, dan tiada sumber yang tepat. Hanya dengan menggunakan kelulusan SPM, seseorang individu itu tidak perlu menempuh laluan sukar bagi mengejar impian untuk menjadi seorang guru. Kalau anda lepasan SPM atau lulusan yg lebih tinggi, mungkin panduan ni boleh tolong anda. Selain SPM, 8 lagi saluran perguruan yang memungkinkan anda mencapai cita2 murni tu.

Panduan ini ditulis berdasarkan informasi kerjaya guru yang terkini. Ini juga adalah hasil pengalaman daripada seorang yang bergelar guru juga, so sudah tentunya sangat berkesan.

At a glance, objektif panduan ni:
1. Ditulis berdasarkan keperluan semasa kursus perguruan.
2. Mengandungi informasi lengkap 9 saluran kursus perguruan yang jarang diketahui di Malaysia.
3. Mengenalpasti kursus perguruan tajaan KPM dan KPTM.
4. Membantu individu yang berminat mendapatkan informasi kursus perguruan dengan pantas.
5. Menyediakan saluran alternatif bagi individu yang tidak dapat menjadi guru dengan kursus perguruan sedia ada.

Selamat memilih kerjaya yang terbaik untuk diri anda!
Read More »