Saturday, February 4, 2017

Public Gold syarikat emas yang patuh syariah

Antara perkara yang saya utamakan dalam membuat pelaburan atau simpanan ialah memastikan ianya memenuhi syariat Islam (syariah-compliant). Di sinilah letaknya keberkatan rezeki kita. Bukan sekadar melihat kepada pulangannya tapi keredhaan Allah adalah lebih utama.

Begitu juga dengan pelaburan emas. Setelah saya meneliti beberapa syarikat emas, saya dapati syarikat Public Gold memenuhi garis panduan syariat Islam walaupun ketika saya join Public Gold belum memiliki sijil patuh syariah..

Kini, setelah 8 tahun kewujudannya, Alhamdulillah pada tarikh bersejarah 16 Januari 2017, Public Gold telah mendapat sijil pengiktirafan patuh syariah Fasa 1 daripada  Amanie Advisors Sdn Bhd untuk 3 kaedah pembelian iaitu:

  • Outright Purchase (pembelian terus emas fizikal)
  • Easy Payment Payment (EPP)
  • Buy back (belian semula)
Public Gold juga mempunyai 2 lagi kaedah pembelian yang masih lagi dalam proses pengiktirafan Fasa ke2.

  • Gold Accumulation program (GAP)
  • PG Mall iaitu  online shopping portal yang menggunakan sistem transaksi emas yang dikenali sebagai Gold Payment System (GPS)


Sijil Patuh Syariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd.

Dengan ini, Public Gold menjadi syarikat pedagang emas yang pertama di Malaysia menerima pengiktirafan patuh syariah.

Amanie Advisors Sdn Bhd telah dilantik sebagai konsultan dan penasihat Syariah bagi Public Gold. Amanie Advisors telah bekerjasama dengan 'World Gold Council' dan 'Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI)' untuk membangunkan standard syariah untuk urusniaga emas.

KUPASAN TENTANG URUSNIAGA PATUH SYARIAH PUBLIC GOLD

Ustaz Khairul Anuar Basri, seorang ahli muamalat Islam mengupas tentang urusniaga emas Public Gold dari sudut pandang syariat Islam:
PENGESAHAN SYARIAH (FASA 1).
Alhamdulillah.
Semalam secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
3. Jualan balik (Buy Back).
Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH (OUTRIGHT PURCHASE)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT / EASY PAYMENT PLAN (EPP)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
JUALAN BALIK (BUY BACK)
Proses utama dalam produk ini ialah :
1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
Semoga sedikit #NotaEmasDanSyariah #NotaEDS ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold.
Perlu saya tegaskan sekali lagi, selepas ini akan ada beberapa lagi siri pengesahan patuh Syariah yang akan dijalankan oleh pihak Penasihat Syariah ke atas semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Public Gold.
Saya sendiri sangat teruja untuk melihat #MindaShariah dalam urusniaga emas Public Gold melalui produk-produk seperti Gold Accumulation Program (GAP), trade-in, PG Mall, Gold Payment System (GPS), GoldCash dan lain-lain yang jelas seiring dengan perkembangan ekonomi semasa dalam memartabatkan emas sebagai wang sebenar.
Sama-sama kita nantikan dan berdoa semoga usaha murni yang tidak mengenal penat lelah ini akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Read More »

Dividen dan Bonus Tabung Haji 2017 (Tahun Kewangan 2016)

Kadar dividen dan bonus Tabung Haji akhirnya diumumkan pada 3 Februari 2017. Sememangnya pengumuman ini sangat dinanti-nantikan kerana selama ini Tabung Haji memberikan pulangan yang agak lumayan. Pendeposit yang belum menunaikan haji juga akan menerima tambahan bonus atau hibah haji di samping dividen tabung haji.

Untuk tahun kewangan 2016, Lembaga Tabung Haji telah mengisytiharkan kadar dividen tahunan 4.25%, manakala bonus hibah haji pula 1.5%. Keseluruhan agihan:

  • 4.25% kepada pendeposit yang telah menunaikan haji. 
  • 4.25 + 1.5% = 5.75% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Bonus hibah haji hanya terhad kepada pendeposit yang mempunyai jumlah baki minima bulanan kurang atau sama dengan RM9,980. 
Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun pendeposit Tabung Haji. Bermula Isnin, 6 Februari 2017, pendeposit boleh menyemak akaun di kaunter Tabung Haji atau rakan strategik Tabung Haji seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic.

Dividen dan hibah haji ini adalah nilai bersih yang telah ditolak zakat. Kita tak perlu lagi nak susah payah kira zakat sebagaimana simpanan ASB, saham, dan lain-lain simpanan.

Dari segi sejarah pulangannya, sekian lama Tabung Haji telah memberikan pulangan dividen yang amat baik setelah ditolak zakat. Ianya antara insitusi yang sangat wajar dibanggakan oleh umat Islam. Pada tahun ini, berlaku penurunan sebanyak 0.75% dan 2.25% (keseluruhan). Diharapkan institusi TH terus mantap dalam urus tadbirnya dan menjadi lambang kekukuhan ekonomi umat Islam di Malaysia.

SEJARAH KADAR DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI


Melihat kepada sejarah pulangan dividen dan bonus Tabung Haji, terbukti ianya sangat kompetitif. Bagi umat Islam, selain daripada pulangan bersih setelah ditolak zakat, jadikanlah simpanan di Tabung Haji sebagai simpanan atau pelaburan jangka pendek atau sederhana. Pelbagaikan instrumen simpanan dan pelaburan.

Mencari yang halal itu fardhu. Sama-sama kita teguhkan ekonomi umat Islam.
 

CARA KIRAAN DIVIDEN DAN BONUS TABUNG HAJI






Read More »

Sunday, January 29, 2017

Sambung belajar ke luar negara

Bila anak sulung ditawarkan ke Taylor's University di Sunway sebelum keputusan SPM 2014 keluar, saya berasa sangat bersyukur dan excited. Ketika itu MARA masih lagi terkial-kial nak sort out dengan Kementerian Pelajaran tentang penghantaran pelajar terus ke luar negara berdasarkan SPM trial result.

Hanya 2-3 hari sebelum SPM 2014 bermula, barulah MARA keluarkan program listing untuk para pelajar tajaannya. Seperti dijangkakan tiada lagi fast track. Dan agak mengeciwakan juga sebab MARA dah tak taja pelajar-pelajar pure engineering ke US dan UK. Begitu juga dengan medic.

Tawaran untuk kejuruteraan hanya untuk Teknologi Kejuruteraan. Kursus untuk pure engineering seperti EE, ME, hanya ditawarkan di Australia dan NZ sahaja. Manakala, medic pula ke India, Indonesia. Kalau adapun ke Ireland dan Rusia snagat limited.

Setelah 2 tahun berlalu, MARA masih lagi bermasalah dengan tajaan. Ada 2 faktor kewangan yang ketara:
1. nilai matawang MYR against USD turun dengan teruk. Hari ini 29 Jan 2017, nilainya 4.43 berbanding zaman di mana matawang kita di 'peg' pada 3.8.
2. ramai pelajar tajaan MARA tidak membayar balik pinjaman. Sengaja, malas atau tiada sumber kewangan? Saya tak pasti.

Tawaran ke Taylor's Uni diterima kerana anak saya turut ditawarkan Dean's Award yang memberikan potongan yuran pengajian. At least, boleh membantu mengurangkan beban kewangan. Antara faktor yang kami pertimbangkan untuk menerima tawaran ini:

  • persekitaran pembelajaran yang lebih memberangsangkan dr segi kemudahan, tenaga pengajar dan syllabus.
  • Pembelajaran yang lebih bebas, creative, dan merangsang minda
  • Taylor's menyediakan pelajar untuk real working life. Kecemerlangan akademik dan daya kepimpinan dua2 diutamakan. 
  • Kerjasama dengan korporat dan syarikat-syarikat besar membantu para pelajar mempersiapkan diri ke alam pekerjaan.
  • memendekkan tempoh pembelajaran tanpa mengikuti kursus asas matrikulasi/asasi/A-Level. 
  • American Degree Program (ADP) menyediakan pelajar untuk terus menyambung pelajaran ke US/UK. Students akan belajar undergraduate degree syllabus for 1-2 years kat Malaysia than terus sambung the remaining years in that degree kat US particularly. Boleh buat credit transfer untuk core subjects and also other general education subjects like history, arts, etc.. 
  • of course, the Dean's Award
Bagi yang tercari-cari info tentang private university, saya sangat menggalakkan supaya pergi ke Hari Terbuka Taylor's. Bagi saya sistem pembelajaran nya sangat bagus tapi ada 2 perkara yang agak mencabar iaitu grading system dan yuran pengajian.



Boleh tengok di http://university.taylors.edu.my/

Sistem pembelajaran di Taylor's memang banyak membantu untuk survive di luar negara. Seperti kita sedia maklum, our education system is low compared to US. Kat US, 1st year student (freshman) pun dah belajar something yang lebih advanced dari sistem kita. So, it's important to attend a good ADP locally in preparation for a more challenging environment in US.

 Alhamdulillah, setelah 2 tahun di Taylor's, anak sulung dah pun berada di Washington State University, USA untuk tahun ke-3. Katanya banyak beno homework, but he's enjoying himself there..

MARA loan? Belum berhasil. Camana nak taja yang baru. Pelajar lama tolonglah bayar. Dah offer 50% discount tu. Cer baca ni..http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mara-tawar-diskaun-lagi-20-kepada-peminjam-1.219245


Read More »

Wednesday, November 4, 2015

FREE Lazada Discount Voucher 12.12.15

I love shopping at Lazada. Semua ada and always at good discount! So far dah beli bedsheet, watch, Neato Robot Vacuum battery, vacuum cleaner, printer dan macam-macam lagi lah.. Yang penting kita buat research dulu and compare harga ngan kedai kat sekitar rumah kita, pastu buatlah calculation sendiri. Takat ni tak mengeciwakan. Delivery pun ok so far.

Lazada buat the biggest sale of the year starting 11 Nov - 12 Dec ni. Up to 95% discount. Korang mesti suka ngan benda-benda free atau diskaun ni kan..

Nah, nak share ngan korang special extra voucher Lazada. Yang ni untuk sehari jer 12.12.15 (12 Dec 2015). So, mark your calendar, peeps! Nak buat caner? haa, klik jer banner kat bawah ni. Masa checkout nak bayar, masukkan atau paste jer voucher code tu, klik apply.. then tadaa.. korang dapat diskaun giler2 tu.

Voucher Code: 1212LAZ25
Voucher Amount: RM 25
Minimum Spend: RM150
Validity: 12.12
What you can expect: 
- Awesome Flash Sale Deals every 2 hours 
- Up to 95% off 
- Weekly category theme with exciting deals 
- Contest and prizes to be won 
- And many more..



So, selamat ber shopping kat Lazada lah ya :)


Read More »

Tuesday, October 27, 2015

Booth jualan di Fiesta Muslimah BH 2015

Fuhh! dah hampir setahun tak menulis. bz like a bee, huhuu.. mencari masa nak menulis semula.

Nak citer pasal event weekend lepas (24-25 Okt). Fiesta Muslimah BH2015 kat MECC Hall, Matrade KL. I bukak booth baju kanak-kanak. Usaha angkut barang2 all the way from Penang to KL. Boleh korang bayangkan camana packed nya dalam kereta, dengan luggage berisi baju, rak baju, kotak baju dll. Boleh tahan gak mencabarnya kerja load and unload barang ni.

Kat Fiesta Muslimah BH ni, majority nya orang jual busana muslimah dan tudung lah kan. Adalah 2, 3 vendor jual baju kanak-kanak macam my booth, Lovely Kidz Closet. Meh, nak belanjer sket gambar2 sekitar event tu..







Itulah booth Lovely Kidz Closet. comel tak baju2 tu? ;-) Semuanya produk sendiri, tau..

Actually organizer target 80K pengunjung tapi malangnya tak sampai sasaran. First day (Sabtu) sangat2 kurang orang. Seco nd day ok sket tapi still tak seperti yang diharapkan. Kami pun tak tau mana silapnya. Kurang promo ke apa? Patutnya kalau anjuran Berita Harian dan sokongan NSTP dan Media Prima, tentulah promonya hebat kan. Ke sebab ramai yang belum dapat gaji lagi. Ataupun bajet 2016 yang diumumkan sehari sebelum tu mempengaruhi kuasa beli pengguna.. Entahlah, wallahu a'lam.. Walaupun sale tak begitu memberangsangkan, tapi Alhamdulillah exposure dan experience join event besar camni mmg tak boleh dibeli kat mana-mana. Moga ada rezeki yang lebih baik di masa hadapan, In shaa Allah. 

btw, sudi-sudikan jenguk / follow  fb and insta Lovely Kidz Closet ya.. banyak baju untuk aqiqah baby dan gaun2 yang cantik :-)

*for future reference utk peniaga2/usahawan yg nak bukak booth:
- MATRADE Hall sangat selesa dgn kemudahan toilet dan surau serta indoor cafe.
- booth rental for FMBH2015 RM3000 (utk standard booth) 10'x10' (good size). Diff organizer maybe kenakan rental berbeza.
- PWTC rental normally around RM4k-5k but better crowd kalau kn ngan masanya..


Read More »